Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment


VIENTIANE – Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dalam pengurusan ekonomi dengan negara Asean berdasarkan program transformasi ekonomi yang diperkenal kerajaan menunjukkan hasil memberangsangkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia termasuk kadar pertumbuhan ekonomi 6.4 peratus yang dicapai pada suku kedua tahun ini dan ini, menurut timbalan perdana menteri, merupakan antara pencapaian terbaik dalam kalangan negara serantau.

Beliau berkata jumlah pelaburan asing yang tinggi di Malaysia pada 2013 juga selari dengan penekanan kepada pelaburan melibatkan syarikat berasaskan teknologi tinggi.

“Mungkin orang kata itu biasalah dan tiada apa yang boleh dibanggakan, sedangkan pencapaian itu adalah hasil pelbagai insentif yang diberikan kepada pelabur serta pertandingan sengit dari negara serantau yang lain,” katanya.

Muhyiddin berucap pada jamuan malam bersama warga Malaysia di sini malam tadi. Beliau berada di Vientiane untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean (ASED) Kelapan bermula Khamis.

Muhyiddin seterusnya berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia ‘mengeksport’ kemahiran pengurusan ekonomi dan dalam pada itu, mengingatkan pelabur Malaysia supaya tidak hanya menekankan soal mendapatkan keuntungan semata-mata.

“Kita juga bersedia berkongsi pengalaman kita dalam bidang pendidikan bukan sahaja dengan Asean malah negara lain di dunia,” kata timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan.

Beliau menyentuh penekanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris untuk membolehkan pelajar Malaysia meneroka bidang-bidang baharu.

Ucapan beliau itu turut memperkatakan tentang perpaduan di Malaysia yang perlu dikekalkan dengan mengajak semua rakyat bekerjasama dalam usaha memperkukuh keharmonian negara.

Turut hadir isteri timbalan perdana menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Duta Malaysia di Laos, Datuk Than Tai Hing. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment