Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun bagi Kerjasama Ekonomi (D-8) Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi di pejabatnya di sini.

Seyed Ali sedang dalam rangka lawatan dua hari dan ini adalah kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.

Dalam satu kenyataan kemudian, Muhyiddin berkata beliau berharap lawatan itu akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam kalangan negara anggota D-8 dan akan membawa kepada hasil lebih pragmatik dalam memperkukuhkan hubungan.

“Malaysia sentiasa komited dalam penyertaan kami dalam kerangka kerjasama D-8 sejak penubuhannya pada 15 Jun, 1997 dan akan kekal begitu menerusi usaha kami untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara anggota D-8,” katanya.

Oleh kerana perusahaan kecil dan sederhana (SME) merupakan teras utama sektor swasta, Muhyiddin berkata kerajaan Malaysia mengalu-alukan sebarang usaha yang membawa kepada kerjasama dalam kalangan SME negara anggota D-8.

“Malaysia berpandangan bahawa D-8 patut mempromosikan dan menumpukan kepada usaha mewujudkan rangkaian SME berasaskan inovasi untuk meningkatkan tambah nilai dan ilmu industri kandungan sehingga membawa kepada pemerkasaan kerangka bagi FDI dan pelaburan domestik,” katanya.

Muhyiddin berkata lawatan itu juga merupakan peristiwa penting selaras dengan hala tuju baharu kumpulan itu.

D-8 dianggotai Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Turki dan Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment