Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

Kewibawaan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon pengganti menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terus dipertikaikan pemimpin PAS.

Kali ini giliran Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam pula membangkitkan kepimpinan Azizah ketika dilantik ketua pembangkang selepas pilihan raya umum 2008.

Rosni berkata, PAS ketika itu menyokong Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa hanya mampu bertahan kurang enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos.

“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya.

Dua pemimpin kanan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (presiden) dan Datuk Haron Din (timbalan mursyidul am) sebelum ini telah menjelaskan Azizah ditolak kerana isu kelayakan.

Dalam kenyataannya hari ini, Rosni juga membangkitkan prestasi Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.

“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber,” katanya lagi.

Rosni juga mendakwa PKR tidak pernah membuka ruang kepada pemimpin PAS membahaskan setiap calon yang ingin dicadangkan sebagai menteri besar sebelum ia diputuskan sebelum ini.

Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berkata, sayap wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan harus berbincang mencari penyelesaian dan mengelakkan sengketa dengan istana dan bukan saling mengkritik dan “memfitnah”.

Kenyataan Rosni itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap dakwaan Wanita DAP bahawa perangai Hadi dalam isu itu memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. - MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment