Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

GEORGETOWN – MyTeksi Sdn Bhd, syarikat perkhidmatan tempahan teksi berasaskan Internet, merancang menembusi negeri pelancongan ini selepas pelancaran perkhidmatanya di sini, hari ini.

Pengurus Besarnya, Adelene Foo, berkata MyTeksi juga beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurutnya, kemampuan untuk menyesuaikan diri bagi memenuhi keperluan pengguna telah membawa kejayaan kepada MyTeksi di rantau ini.

“Kami telah melancarkan ujian pada April dan sejak itu ia telah menjadi rangkaian teksi terbesar dan paling dipercayai di Pulau Pinang dengan pertumbuhan 500 peratus dalam tempahan,” katanya di majlis pelancaran perkhidmatan itu di sini, hari ini.

Ia dilancarkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, di Fort Cornwallis.

Foo berkata, kini MyTeksi mempunyai lebih 1,000 pemandu teksi di atas jalan dan berusaha untuk merekrut lebih ramai anggota di negeri ini.

Menurutnya, MyTeksi Pulau Pinang tidak menggunakan meter seperti operasinya di negeri lain, tetapi tambangnya mencerminkan pasaran tempatan.

“Apa yang kami tawarkan di Pulau Pinang mencerminkan tiga tunggak teras kami, iaitu keselamatan, kepastian dan kelajuan, di samping ketelusan kerana penumpang yang membuat tempahan tahu anggaran tambang lebih awal,” katanya.

MyTeksi juga mengembangkan kehadirannya di beberapa negara di rantau ini, termasuk Singapura, Filipina, Vietnam dan Thailand di bawah jenama lain dikenali sebagai ‘GrabTaxi’. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment