Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment

BAKU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam ini bagi lawatan rasmi pertamanya ke Azerbaijan selama dua hari atas jemputan Presiden republik itu, Ilham Aliyev.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di sini, jam 9.30 malam (12.30 tengah malam waktu Malaysia) dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama Azerbaijan, Yakub Abdulla Oglu Eyyubov; Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman; Duta Besar Malaysia di Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman; dan pegawai kanan Kementerian Luar.

Memulakan atur cara yang padat hari ini, Perdana Menteri akan menghadiri istiadat sambutan rasmi di Istana Presiden di Zugulba, di sini, jam 10.20 pagi waktu tempatan (jam 1.20 tengah hari Malaysia).

Ia disusuli dengan pertemuan empat mata dengan Aliyev sebelum kedua-dua pemimpin akan mengadakan mesyuarat dua hala antara Malaysia-Azerbaijan.

Sebaik selesai, kedua-dua pemimpin akan menandatangani Deklarasi Bersama Mengenai Hubungan Persahabatan dan Kerjasama Malaysia-Republik Azebaijan serta pemeteraian Perjanjian Kerjasama Ekonomi, Saintifik dan Teknikal (TBC) dan dua Memorandum Persafahaman (MoU) berkaitan latihan diplomat dan penerokaan minyak.

Selepas mengadakan sidang media bersama dengan Aliyev, Perdana Menteri akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ajdarbay (Biru) serta menziarahi kubur negarawan Azerbaijan, Heydar Aliyev di Makam Yasamal.

Ini diikuti pada sebelah petangnya apabila Najib akan menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Meja Bulat Perniagaan Bersama ahli perniagaan Malaysia-Azerbaijan dan diikuti majlis pembukaan rasmi Kedutaan Malaysia di Baku.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjung hormat ke atas rakan sejawatannya, Arthur Rasizade pada sebelah malam, sebelum kedua-duanya diraikan dalam majlis makan malam rasmi yang dihoskan Rasizade. ─ BH Online

0 comments:

Post a Comment