Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan tiga hari mulai 5 Januari depan untuk mendengar kes saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berhubung pembelian beberapa unit kondominium.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila ia dibawa untuk pengurusan kes setelah mengadakan perjumpaan dengan peguam Jeffrey John, yang mewakili Mohamad Salleh, dan peguam Azura Adnan, yang mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin.

Jumaat lepas, kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian bagi saman itu melalui proses mediasi.

Pada 24 Disember 2013, Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), dan syarikatnya memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit kondominium KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata, kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli unit kondominium berkenaan untuk kegunaan sendiri. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment