Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 26, 2014



SHAH ALAM – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya untuk memberi laluan kepada wakil PAS.

Perletakan jawatan Nik Nazmi juga dibuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dilantik sebagai salah seorang daripada 10 Exco Kerajaan Selangor yang baharu.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, jawatan timbalan speaker itu akan diambil alih oleh wakil PAS.

“Saya telah bersetuju supaya jawatan timbalan speaker disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang di bangunan Setiausaha kerajaan Negeri (SUK) di sini, Jumaat.

Jumlah jawatan Exco Selangor kini terbahagi kepada tiga PAS, DAP (3) dan PKR (4).

Empat wakil rakyat PKR yang diberikan jawatan Exco ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves), manakala DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) serta V. Ganabatirau (Kota Alam Shah).

PAS yang mendapat jumlah kerusi tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pula hanya diwakili oleh Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Sementara itu, Azmin memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan PAS mengenai individu yang akan dilantik sebagai timbalan speaker.

“Sebab jawatan timbalan speaker ini akan diberikan kepada PAS… mereka akan putuskan.

“Dan kita akan lantik timbalan speaker yang baharu apabila Dewan (Undangan Negeri) bersidang pada November akan datang,” katanya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment