Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 21, 2014

No Comment


LONDON: Mesut Ozil menyumbat satu gol dan mencipta satu lagi untuk Danny Welbeck ketika Arsenal menjaringkan tiga gol dalam tempoh empat minit mengatasi Aston Villa 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Ia sekali gus meranapkan rekod bersih tanpa kalah pasukan tuan rumah itu di Villa Park yang gah sebelum ini dalam empat perlawanan lalu.

Ozil - pemain termahal Arsenal itu membantu pasukan mendahului pada minit ke-32 manakala jaringan sendiri pemain tuan rumah, Aly Cissokho pada minit ke-36 sekadar membuat Villa tambah tertekan.

Rentak hebat Southampton pada awal musim berterusan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Swansea City yang beraksi dengan 10 pemain selepas Wilfried Bony dilayangkan kad merah.

Gol tunggal oleh Victor Wanyama pada minit ke-80 membantu The Saints bergerak ke tempat kedua berbekal 10 mata - dua di belakang Chelsea yang bakal berdepan juara bertahan, Manchester City, malam ini (Ahad) dan satu mata di hadapan Arsenal.

Papiss Cisse menyumbat dua gol membantu Newcastle United bangkit seri 2-2 ketika menentang Hull City untuk mengutip mata ketiga musim ini.

Sementara itu, jaringan pada lewat babak permainan oleh Niko Kranjcar menyelamatkan Queens Park Rangers apabila seri 2-2 ketika menentang Stoke City manakala Burnley seri 0-0 menentang Sunderland di gelanggang sendiri. - Reuters / BH Online

0 comments:

Post a Comment