Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) tidak terkejut dengan kejadian kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, kebocoran soalan kertas peperiksaan sudah menjadi perkara biasa yang terjadi hampir saban tahun.

"Ia berlaku setiap tahun dan saya tidak tahu kenapa isu itu menjadi terlalu besar tahun ini," katanya kepada Astro Awani.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan harus menyiasat kes ini dan mengenal pasti individu yang terlibat.

"Siapa yang harus bertanggungjawab perlu didedahkan dan digantung dari jawatannya untuk mengelakkan insiden ini dari berulang," ujarnya.

Tegasnya, kementerian juga perlu menjelaskan difinisi kebocoran yang dimaksudkan.

"Jika ia adalah kertas difotokopi atau kertas soalan mempunyai perkataan yang sama, maka ia tidak dianggap bocor," katanya.

Peperiksaan bagi kertas Sains mengikut jadual asal sepatutnya diduduki pada pagi Khamis tetapi kini ditangguhkan kepada 30 September iaitu selepas cuti penggal persekolahan.

Siasatan awal Lembaga Peperiksaan mendapati soalan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran itu telah tersebar menerusi media sosial.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu.

Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Sementara itu, Astro AWANI melaporkan soalan bagi Matematik Kertas 1 yang diduduki pada pagi Rabu dipercayai juga tersebar seawal-awalnya pada petang Selasa melalui jaringan media sosial.

Polis memulakan siasatan berhubung kebocoran kertas soalan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah mengikut peruntukan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, lapor The Malaysian Insider.

Siasatan itu dibuat susulan laporan yang difahamkan difailkan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada petang Rabu.

0 comments:

Post a Comment