Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap Majlis Syura Ulama parti itu yang mempertahankan kuasa pemutus dimiliki Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai senarai nama calon Menteri Besar Selangor.

Setiausahanya, Muhyidin Abdul Rashid juga menegaskan bahawa Abdul Hadi mempunyai kuasa pemutus dalam apa juga perkara yang melibatkan kepentingan parti seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Pas Fasal 26(1)(a).

“Justeru, kami menegaskan bahawa anggota jawatankuasa kerja Pas Pusat dan saf kepimpinan Pas di semua peringkat serta anggota parti di setiap lapisan bertanggungjawab dan wajib melaksanakan segala keputusan dan arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor masih belum ada titik noktah apabila hanya Pas yang menghantar tiga nama calon menteri besar sementara PKR dan DAP masih mengekalkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Jumaat lalu, Abdul Hadi menegaskan tindakannya menghantar lebih dari dua nama calon kepada pihak istana sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mahu memudahkan baginda membuat pemilihan calon yang sesuai.

Bagaimanapun, tindakan Abdul Hadi itu dikritik oleh PKR dan DAP sebagai tidak menghormati semangat setiakawan antara tiga parti pembangkang itu.

Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan Pas mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment