Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment


IPOH – Seorang pekerja pasar raya hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan menipu, tahun lepas.

Mohamad Nasaruddin Mukhtar, 47, sebelum itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Apabila prosiding mahkamah bersambung semula selepas ditangguhkan beberapa minit kerana memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menyediakan fakta kes, tertuduh menukar pengakuannya selepas kedua-dua tuduhan dibacakan sekali lagi.

Mohamad Nasaruddin didakwa cuba memperdayakan Mohamad Firdaus Idris melalui panggilan telefon dengan menyatakan kononnya jaminan diberi kepada syarikat lelaki itu untuk mendapat apa-apa projek di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jelapang di sini pada pukul 2.13 petang, 13 Sept 2013.

Bagi tuduhan kedua, Mohamad Nasaruddin didakwa bersama seorang lagi individu yang masih bebas, cuba menipu orang yang sama dengan mendakwa bahawa Mejar (B) Datuk Nordin Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Setiausaha KDN ketika itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kini KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia) boleh menjamin syarikat Mohamad Firdaus mendapat apa-apa projek di KDN.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Bercham Corner, Bercham di sini pada pukul 5.30 petang, 13 Ogos 2013. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment