Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Sirajuddin PutraJamalullail hari ini mengingatkan pelajar baru yang memasuki universiti agar peka terhadap anasir yang berusaha mengalih fokus sehingga memesongkan matlamat mereka melanjutkan pengajian.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah majoriti pelajar yang mempamerkan kecemerlangan akan mudah dipengaruhi dan fokus mereka akan teralih jika tidak memberi perhatian serius terhadap pelajaran.

“Sebagai peringatan, apabila mendapat tempat di menara gading adik-adik dipengaruhi rakan-rakan sebaya sama ada dari dalam atau luar kampus yang mementingkan keseronokan dan hiburan melampau dan melalaikan.

“Pergaulan yang terbuka dan rasa diri ‘bebas’ kerana berjauhan daripada kawalan ibu bapa bukanlah lesen untuk melakukan apa sahaja,” titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
 
Baginda bertitah demikian pada majlis taklimat waris sempena pendaftaran baru mahasiswa sidang 2014/2015 di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, dekat sini, hari ini.

Sebanyak 3,052 calon, 62 peratus daripadanya adalah pelajar wanita ditawar melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam pelbagai bidang kejuruteraan di UniMAP selama empat tahun, dalam sidang kemasukan kali ini.

Sebelum itu, keberangkatan tiba baginda disambut Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Husin serta pegawai kanan universiti.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan cubaan pihak-pihak tidak bertanggungjawab mempengaruhi golongan muda khususnya siswa dan siswi untuk terlibat dengan agenda mereka termasuk yang melanggar nilai-nilai agama atau menyalahi undang-undang.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan ibu bapa serta penjaga agar sentiasa menasihati, mengingatkan dan memastikan anak-anak bebas daripada pengaruh negatif yang hanya merugikan masa depan mereka.

“Ibu bapa hendaklah memainkan peranan dan memastikan walau sejauh manapun anak-anak berada, mereka perlu sentiasa diberi dorongan supaya fokus, rasa
dihargai, disayangi, dilindungi dan diharapkan berjaya dalam pelajaran,” titah baginda. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment