Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 8, 2014

No Comment
Gambar hiasan

Kuala Terengganu: “Sebagai seorang yang terpelajar, perbuatan tidak bermoral itu tidak sepatutnya dilakukan tertuduh yang sudah bijak berfikir dan membezakan baik buruk sesuatu perkara,” kata Hakim Tinggi Syarie Rosdi Harun dalam penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman denda RM2,300 terhadap seorang remaja perempuan yang didapati bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah pada Jun tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 18 tahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Rosdi turut menjatuhkan hukuman penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya, Muhamad Azmil Mohd Zalzali, 20, di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, pada jam 6.50 petang, 5 Jun 2013.

Sebelum ini, Muhamad Azmil yang bekerja sendiri dan berasal dari Marang dikenakan hukuman denda RM2,800 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof manakala tertuduh diwakili peguam syarie Nurul Aini Abd Malik. ─ myMetro online

0 comments:

Post a Comment