Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014


SHAH ALAM – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam satu kemalangan berhampiran Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini, malam tadi.

Nadiah Mokhtar, 18, yang mengalami kecederaan ringan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila kereta mewah jenis Toyota Caldina milik rakannya, Nafis Syahmi, 18 , terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Kemudian, kereta itu dipercayai merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan, menyebabkan kereta yang dipandu Nadiah terbalik.

Nafis berkata, beliau berada di rumah apabila rakannya itu menghubungi melalui telefon bimbit, bagi memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 9 malam itu.

“Nadiah dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berjumpa dengan seorang kawan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Beliau menghubungi saya dan memberitahu beliau cedera akibat kemalangan itu,” katanya kepada pemberita, malam tadi. – BH Online

0 comments:

Post a Comment