Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

NEW YORK 5 Sept. - Walaupun iPhone 6 belum dilancarkan, namun peminat-peminat gajet keluaran Apple Inc. sanggup 'berkampung' di hadapan sebuah kedai yang menjual jenama itu, seminggu sebelum pelancaran telefon baharu itu yang akan diadakan esok.

Menurut Mail Online, peminat gajet itu mengambil kesempatan daripada pelancaran telefon pintar itu dengan menjadikannya sebagai peluang perniagaan dengan beratur di luar kedai tersebut menjelang pelancaran telefon baharu itu.



Pasangan Jason dan Mon Ray dari Austin, Texas, tiba di New York sejak tiga minggu lalu semata-mata untuk mendapatkan telefon baharu selepas ditaja oleh syarikat aplikasi baharu, Video Medicine.

Dengan hanya memakai baju T milik syarikat yang menajanya, pasangan itu sanggup 'berkampung' selama tiga minggu untuk mendapatkan iPhone baharu itu yang akan dijual kepada orang ramai mulai 19 September ini.

Ray menyediakan khemah sendiri dan tidur di dalam khemah yang dibina di hadapan kedai tersebut.

Bagi Joseph Cruz dari Staten Island, pula, dia tiba semalam turut 'berkhemah' di situ semata-mata untuk menjadi pembeli 'nombor satu' gajet itu bersama-sama sepupunya.

Ini bukan kali pertama, Cruz 'berkhemah' di hadapan kedai tersebut untuk mendapat iPhone baharu sebelum ini.

"Saya paling tua di sini dan telah melakukan 'perkara' ini setiap tahun dalam tempoh lima tahun," ujarnya.

Cruz berkata, sepupunya turut beratur dan menunggu untuk mencari pengalaman.

Mereka turut mendapat tajaan daripada syarikat Video Medicine. ─ Utusan

0 comments:

Post a Comment