Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 25, 2014

No Comment


Alor Gajah –  Seorang penarik kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas dakwaan menyebabkan kecederaan ketika cuba merompak seorang pelajar siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebuah pangsapuri di Lendu, dua minggu lalu.

Pengakuan bersalah tertuduh Rahim Othman, 20, dari Taman Mutiara dekat sini dibuat di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut fakta pertuduhan, Rahim melakukan jenayah itu di sebuah pangsapuri di Jalan Dimensi Uta di sini, pada 6.15 pagi 10 September lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober ini untuk menjatuhkan hukuman selepas mendapatkan laporan sosial.

Dalam kejadian 10 September lalu, siswi UiTM kampus cawangan Lendu terbabit dilaporkan nekad menumbuk dan bergelut dengan penjenayah yang menceroboh bilik tidurnya sebelum dia ditikam lima kali di dada dengan senjata tajam hingga cedera parah.

Mangsa Siti Irina Redhuan, 20, tidur di bilik pangsapuri yang disewa bersama empat rakan di Taman Dimensi, Alor Gajah. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment