Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014

No Comment

AMPANG JAYA - Orang ramai yang tinggal di Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang di sini hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan pencabul misteri berkepala botak yang didakwa gemar meraba golongan wanita yang berada di luar rumah seorang diri.

Pencabul botak itu dikatakan memerhati gerak-geri wanita muda di pangsapuri berkenaan terlebih dulu sebelum menghampiri sasarannya untuk bertindak meraba mangsa-mangsanya.

Suspek yang dikatakan berbadan sasa dan berkulit gelap dikatakan aktif melakukan kerja-kerja tidak bermoral itu sekitar pukul 12 tengah malam sehingga waktu pagi.

Semasa kejadian, pencabul itu didakwa memakai pakaian gelap dengan lokasi tumpuannya di dalam lif dan tangga pangsapuri. Sebahagian lagi mangsa mengadu mereka dicabul semasa sedang membuka pintu kereta di tempat letak kereta.

Sejak sebulan lalu, sejumlah 20 wanita dikatakan menjadi mangsa pencabul botak yang belum diketahui identitinya itu. - Kosmo!

0 comments:

Post a Comment