Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 21, 2014

No Comment

TUMPAT - Polis telah mengenal pasti rakyat Malaysia yang menerima sebanyak RM110,300, yang dimasukkan ke dalam akaunnya menerusi kiriman wang Bisotel Rieh Global Money Transfer di Australia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis sedang memburu individu terbabit.

“Ya, kita sekarang tahu siapa individu ini tetapi saya tidak boleh untuk memberitahu namanya. Biarlah polis mengendalikan kes ini,” katanya kepada The Star.

Zahid berkata, individu itu akan dikenakan tindakan keras sekiranya didapati menerima dana untuk sebarang aktiviti berkaitan keganasan.

“Kita tidak boleh membenarkan sebarang transaksi untuk membiayai aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang, termasuk membiayai aktiviti keganasan.

“Mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan keras. Kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini,” katanya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment