Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengecam tindakan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad kerana dilihat berurusan dengan Rafat Rizvi, seorang lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa atas tuduhan rasuah, penipuan dan jenayah perbankan di Indonesia.

Nik Nazmi juga menekankan agar Faizoull memberi penjelasan tentang perkara ini kerana beliau sebagai Pengarah Besar Felda perlulah bertanggungjawab atas tindakannya.

Faizoull Ahmad yang juga menyandang jawatan Pengerusi Kelab Bola Sepak Liga Super Malaysia Felda United telah melawat kelab pasukan bola sepak Scotland Glasgow Rangers bersama Rafat beberapa hari lepas.

“Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat potensi untuk menjalankan program pembangunan anak muda bersama Felda United.

“Walau bagaimanapun, mengapakah beliau perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini? Apatah lagi melantik Rafat sebagai penasihat beliau,” soal beliau dalam satu kenyataan.

Tambah Nik Nazmi, beliau mempersoalkan adakah Faizoull tidak sedar bahawa Rafat telahpun didapati bersalah atas kesalahan penipuan yang bernilai jutaan dollar oleh Mahkamah Jakarta kerana terlibat dalam skandal kejatuhan Bank Century Indonesia?

“Tindakan Faizoull ini sangat mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan.
“Tambahan lagi, terdapat spekulasi bahawa beliau ingin membeli pasukan bola sepak Glasgow Rangers,” ujarnya. ─ Free Malaysia Today

0 comments:

Post a Comment