Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014

No Comment

KULIM - Seorang penjual aiskrim maut apabila motosikal dinaiki dirempuh kenderaan lain dalam kemalangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim Ekspres (BKE) kira-kira jam 4.20 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mangsa, Chiah Eng Huat, 60, yang menunggang motosikal dipercayai berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran.

“Mangsa dipercayai datang dari arah Baling. Sebaik keluar dari stesen minyak, mangsa yang pada mulanya menunggang motosikal di sebelah kiri jalan mengubah haluan ke lorong sebelah kanan.

"Ini mengakibatkan sebuah kereta yang datang dari arah belakang gagal membrek kenderaannya sebelum merempuh mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah berkata, akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak ke kiri jalan sebelum digilis sebuah lagi kereta lain di bahagian kepalanya sebelum terbabas ke dalam parit.

Katanya, mangsa yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut.

"Ini merupakan kes kemalangan maut keempat sepanjang bulan ini dan pihak polis meminta semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati selain mematuhi undang-undang serta arahan papan tanda ditetapkan," katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment