Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 20, 2014

No Comment

Serdang: “Telinga saya nyaris putus apabila seorang lelaki menyerang menggunakan parang panjang sebelum melarikan kenderaan,” kata Syahrizan Ismail, 33, menceritakan detik cemas diserang sebelum keretanya dilarikan, kelmarin.

Katanya, dalam kejadian jam 3.45 petang di hadapan sebuah sekolah di Bandar Kinrara, dia secara tiba-tiba diserang seorang lelaki menggunakan parang panjang sebelum seorang rakan suspek merampas kunci keretanya lalu kedua-duanya melarikan diri bersama kenderaan itu.

Mangsa yang memandu kereta Toyota Hilux berkata, ketika kejadian dia baru menutup pintu selepas meletakkan keretanya itu di hadapan sekolah berkenaan.

“Saya terus dilibas dengan parang panjang, namun sempat mengelak.

Rakan suspek yang turut bersenjatakan parang merampas kunci kereta saya.

“Ketika kejadian saya tidak sempat membuat apa-apa kerana kedua-dua mereka bersenjatakan parang.

Kejadian berlaku sangat pantas,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang tidak memakai topeng itu berusia 30-an.

Katanya, seorang suspek sempat memukulnya di muka dan perut sebelum melarikan diri.

Dia yang juga jurutera alam sekitar di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang berkata, ekoran kejadian itu dia kerugian kira-kira RM150,000 termasuk beberapa barangan peribadi seperti telefon bimbit dan peralatan kejuruteraan.

“Saya dimaklumkan pengawal keselamatan sekolah bahawa kereta suspek sudah berada di kawasan itu sebelum saya tiba,” katanya.

Menurutnya, selepas mengalami kejadian menakutkan itu, dia terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan berharap suspek dapat diberkas segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kes samun itu.

Menurutnya, pihak polis sedang mengumpul maklumat daripada mangsa dan beberapa saksi untuk memberkas kedua-dua suspek.

0 comments:

Post a Comment