Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah bertindak pelik apabila sanggup menghantar mangsa ditikamnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, mangsa disamun suspek ketika sedang berjalan kaki menuju rumah rakannya di Jalan Sungai Besi di sini.

Suspek yang merampas wang tunai milik mangsa bagaimanapun bersimpati sebelum memapah mangsa masuk ke dalam keretanya.

Penjenayah dipercayai berusia 30-an itu kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Sivam, 33, berkata, dia mulanya menerima panggilan kecemasan daripada adiknya mendakwa ditikam seorang lelaki di pinggang.

Menurutnya, dia kemudian bergegas pergi ke lokasi kejadian berdasarkan maklumat diberikan adiknya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya terkejut apabila mendapati adik saya tiada di situ.

“Saya cuba menghubungi adik saya semula, namun dia memberitahu suspek menghantarnya ke hospital selepas mendapati adiknya mengalami pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.

Sebaik tiba di hospital, dia mendapati adiknya itu sudah menerima rawatan.

Susulan kejadian itu Sivam membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut. ─ myMetro online

0 comments:

Post a Comment