Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 20, 2014

No Comment

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa kelima berkuatkuasa hari ini hingga 5 Oktober.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pelaksanaan perintah itu mendapat persetujuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan khususnya di perairan pantai timur Sabah.

"Perintah itu dilanjutkan berdasarkan empat faktor antaranya bagi mencegah cubaan menceroboh dan menculik, mencegah penyeludupan, memudahkan pihak berkuasa mengawal keselamatan perairan Sabah selain mendapat sokongan daripada pengusaha sangkar ikan dan pusat pelancongan.

"Pihak keselamatan juga masih menerima maklumat bahawa kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina sentiasa berada di perairan sempadan negara," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Mengenai keadaan anggota polis, Zakiah Aleip yang diculik pada Julai lalu, beliau berkata Zakiah berada dalam keadaan sihat dan selamat.

"Beliau ada menghubungi isterinya pada jam 2.14 petang kelmarin dan itu adalah panggilan kali ke 68 daripadanya," katanya. ─ BH Online

0 comments:

Post a Comment