Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

PETALING JAYA: Tindakan dramatik yang menyaksikan PAS menghantar tiga nama dan menolak mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor membawa kepada satu ancaman untuk memecah-belahkan parti Islam itu.

Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.

PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.

Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMA yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik.

Pada Khamis, muka depan The Star melaporkan PAS menghantar senarai nama kepada Sultan Selangor dengan menamakan ahli exco PAS untuk mengisi jawatan tertinggi itu.

Senarai nama pemegang jawatan PasMA yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan PAS, tersebar melalui media sosial.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, PasMA ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak 1990.

Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.

"Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.

"Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMA ditransformasikan sebagai sebuah parti politik," katanya.

Dr Zuhdi merupakan pemimpin PAS yang pertama menyerang Anwar berhubung agenda Langkah Kajang.

Presiden PasMA, Datuk Phahrol­razi Mohd Zawawi terkejut apabila mengetahui senarai nama pemegang jawatan dalam NGO itu yang berbeza, tersebar di media sosial.

"Saya tidak tahu jika ada sesiapa merampas pertubuhan kami. PasMA adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).

"Mungkin terdapat entiti lain yang menggunakan nama yang sama tetapi berfungsi sebagai parti politik tanpa saya sedari," katanya.

Phahrolrazi, yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau merupakan Presiden PasMA dan Timbalannya adalah Ustaz Ahmad Husin (Kelantan), manakala Taib Ahmad (Kedah) adalah Setiausaha Agung dan jawatan Bendahari dipegang oleh Ismail Abdul Rahman. ─ mStar online

0 comments:

Post a Comment