Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

PETALING JAYA: Polis berjaya membongkarkan sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah jenis syabu di sebuah gudang di di Shah Alam pada 5 September lalu.

Dalam serbuan di kawasan perindustrian itu, polis merampas sejumlah dadah iaitu 1.67 kilogram kristal syabu, 6 liter cecair syabu dan 122 kilogram pil yang disyaki mengandungi bahan prekursor, bahan kimia antaranya asid hidroklorik, acetone toulene serta peralatan khas yang digunakan untuk memproses dadah dianggarkan RM500,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berdasarkan hasil maklumat daripada orang ramai.

Bagaimanapun katanya, ketika serbuan dilakukan, kilang berkenaan didapati tidak berpenghuni dan tiada aktiviti memproses dadah dijalankan.

"Pihak polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dan akan memberkas mereka untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Noor Rashid berkata, polis percaya makmal dadah tersebut mampu menghasilkan dadah jenis syabu dengan jumlah besar dalam tempoh 24 jam ia diproses.

0 comments:

Post a Comment