Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment


GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, polis menghormati kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat mengikut sistem demokrasi tetapi tindakan tetap akan diambil sekiranya kerajaan Pulau Pinang melanggar undang-undang negara.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah meminta Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya jangan mengambil tindakan terpilih dalam menguatkuasakan undang-undang.

"Saya sudah nyatakan bahawa dalam bidang keselamatan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Memang kita perlu bantuan NGO (badan bukan kerajaan), persatuan orang ramai tapi jangan buat persatuan, pasukan tanpa merujuk kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri)," katanya merujuk kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

Polis setia kepada kerajaan yang memerintah selagi tiada pelanggaran undang-undang tetapi jika undang-undang dilanggar apatah lagi oleh Anggota Parlimen, Ketua Menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri mahupun orang awam, tindakan akan diambil kerana undang-undang tidak mengenal sesiapa, katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera di sini.

Ahmad Zahid berkata, 11 anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas undang-undang. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment