Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan menyeludup keluar 19,400 liter bahan api bersubsidi dan 21 tong gas dalam operasi di kawasan pelabuhan daerah ini semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, sejumlah 18,600 liter daripada bahan api berkenaan adalah petrol dan ia dirampas dalam operasi kira-kira pukul 7 malam di kawasan pelabuhan Tawau.

Beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga asing berumur 44 tahun dan sebuah bot kumpit.

“Ketika operasi itu pasukan peronda telah menahan sebuah bot kumpit dan apabila diperiksa, terdapat 19,400 liter minyak bersubsidi dan 21 tong gas yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati barang yang dibawa oleh bot kumpit itu tidak sama dengan apa yang tertulis di borang pelepasan kastam serta lesen yang dikemukakan merujuk kepada sebuah syarikat jual borong minyak petrol dan diesel yang sepatutnya beroperasi di Sandakan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment