Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Seorang lelaki dan ibu mentuanya ditahan dalam satu serbuan di sebuah banglo yang dijadikan makmal memproses dadah di Jalan Hijau, Jelutong, di sini awal pagi semalam.

Dalam serbuan itu kira-kira jam 3 pagi, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM 1.93 juta.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan, berkata serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan juga risikan polis sejak beberapa minggu lalu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Polis kini sedang mengesan isteri lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

“Kita percaya dadah berkenaan untuk dipasarkan di kawasan Utara,” katanya. – BH Online

0 comments:

Post a Comment