Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 17, 2014

No Comment

BANGKOK: Polis Thailand melancarkan penyiasatan di sekitar hotel dan rumah pekerja di sebuah pulau peranginan di sini berikutan penemuan dua mayat pelancong dari Britain Isnin lalu.

Ketika ditemui di pantai Pulau Koh Tao, mayat itu kelihatan berada dalam keadaan hampir bogel dan mempunyai kesan kecederaan teruk.

Lebih 70 anggota polis dikerah ke pulau peranginan itu di Teluk Thailand untuk melakukan penyiasatan.

Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha mahukan penyiasatan disegerakan kerana kejadian itu boleh menjejaskan industri pelancongan di Thailand yang baharu hendak pulih.

Beliau juga menggesa pihak media supaya memberi amaran kepada pelancong mengenai keselamatan mereka ketika mengunjungi negara berkenaan.

"Di negara mereka, (warga asing) boleh melakukan perjalanan ke mana-mana saja, tetapi di negara ini masih ada masalah. Terdapat pelbagai jenis manusia, justeru mereka harus berjaga-jaga," kata Prayuth kepada pemberita.

Tegasnya, kejadian ini perlu disiasat kerana rakyat Thai tidak akan bertolak ansur dengan kejadian seperti ini.

Menteri Pertahanan Prawit Wongsuwan berkata pihak polis sedang berusaha untuk mengambil tindakan seberapa segera boleh.

Mayat Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, dijumpai pagi Isnin lalu di kawasan pantai berdekatan hotel di mana mereka menginap.

Kedua-duanya cedera parah dan mempunyai kesan luka pada muka dan kepala yang dipercayai dilakukan oleh penjenayah terbabit menggunakan sebatang cangkul yang dijumpai tidak jauh dari mayat mangsa.

Major Jeneral Polis Kiattipong Khawsamang berkata kedua-dua mangsa melancong ke Thailand secara berasingan bersama rakan mereka tetapi kemudian bertemu di hotel berkenaan, Ocean View Bungalows ketika menginap di bilik bersebelahan satu sama lain.

Polis berkata seorang lelaki mirip orang Asia kelihatan dalam gambar kamera litar tertutup (CCTV) kini adalah suspek utama dalam kes ini. - AP

0 comments:

Post a Comment