Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mencari calon terbaik untuk menggalas cabaran parti mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil 25 Sept ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata apa yang penting calon yang dikemukakan diterima pengundi dan faktor itu perlu diambil kira oleh Badan Perhubungan Umno Negeri serta Umno Bahagian dalam mengenal pasti calon paling sesuai.

“Saya sedang tunggu nama daripada Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed), mungkin Badan Perhubungan Umno Negeri sudah buat penilaian calon yang sesuai, yang penting calon mesti diterima oleh pengundi.

“Kalau dapat calon seperti (arwah) Datuk Noor Zahadi (Omar) lebih mudah…kita sedang cari calon terbaik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu, di sini, hari ini.

Sebelum ini Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dilapor akan mengumumkan nama calon BN bagi DUN Pangkalan Kubor pada 10 September ini.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September dan hari penamaan calon ditetapkan pada 13 September sementara pengundian awal pada 21 September.

Menjawab mengenai hasrat PAS dan PKR untuk turut sama meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin menyifatkannya sebagai perkara biasa, tetapi tidak boleh dipermudah.

“Kita akan menghadapinya seperti biasa, tetapi tidak boleh dipermudah, strategi kita mungkin berbeza, kita lihat bila sampai masanya,” katanya.

PKR baru-baru ini dilapor turut menyuarakan hasrat untuk meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil itu walaupun PAS telah mengumumkan untuk bertanding. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment