Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KOTA BAHARU – PAS tidak gentar siapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menentang sesiapa sahaja calon daripada BN untuk bertanding pada PRK tersebut.

“Kita tidak gentar dengan siapa pun dan kita harap PAS akan meletakkan calon yang boleh menang di kerusi berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan keputusan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding dalam PRK itu.

Wan Azizah berkata keputusan untuk tidak meletakkan calon parti itu dibuat atas semangat bertolak ansur dan kesepakatan antara parti itu, DAP dan PAS.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini (13 Sept) sebagai tarikh penamaan calon. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment