Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

SUBANG JAYA, 1 September: Proton Holdings Bhd menawarkan dua pakej istimewa untuk pembeli baru dan pemilik setia Proton sempena sambutan Merdeka.

Pembeli kereta baru boleh menikmati rebat sehingga RM 8,000, bergantung kepada model kereta, dan kadar faedah serendah 2.95%, kata Proton dalam satu kenyataan.


Pemilik yang sedia ada boleh membeli kereta Proton lain dengan diskaun kesetiaan sebanyak 5%.

"Promosi ini tidak boleh digunakan bersama-sama dan pelanggan hanya boleh memilih salah satu promosi yang mereka rasa paling berbaloi," kata Proton dalam kenyataan itu.

Pembeli kereta baru Proton akan menikmati perkhidmatan servis percuma selama 3 tahun dalam tempoh promosi ini.

Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 September hadapan manakala pendaftaran boleh dibuat mulai esok sehingga 15 Oktober depan.

Pengeluar kereta nasional itu juga mempromosi Kereta Kompak terbaru mereka melalui Kod QR dalam iklan di akhbar-akhbar utama.

Proton berkata di laman webnya bahawa kereta baru itu akan menawarkan 'keyless-ignition', kamera belakang dengan paparan cermin, enam beg udara dan kawalan dinamik dan keselamatan 5 bintang yang disahkan ANCAP. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment