Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 7, 2014

No Comment


KUANTAN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi peluang kepada orang mendapatkan maklumat lebih tepat melalui Program Hari Terbuka agensi itu di sini, kelmarin.

Pengurus Besar Kanannya, Tuan Din Tuan Mat berkata, program yang julung kali diadakan itu membolehkan orang ramai dan peminjam berinteraksi sendiri dengan wakil PTPTN yang akan membantu mereka membabitkan masalah pinjaman atau perkara berkaitan agensi itu.

“Kita bersedia memberikan informasi dengan lebih tepat dan jelas kepada masyarakat berkenaan perkhidmatan dan fungsi PTPTN khususnya untuk pendidikan tinggi,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, program itu secara tidak langsung dapat memudahkan orang ramai berurusan terus dengan Pejabat PTPTN negeri jika ada sebarang kemusykilan sama ada berkaitan pembiayaan, bayaran balik pembiayaan, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan lain-lain.

Katanya, komunikasi kedua pihak antara PTPTN dan pelanggan adalah selaras dengan matlamat penubuhan pejabat PTPTN negeri di seluruh Negara.

Selain itu, katanya, pada majlis sama, sebanyak 71 agensi yang menjadi Sahabat PTPTN turut menerima cenderahati sebagai penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.

Menurutnya, seramai 100 pemenang bertuah sempena “Promosi Meriahnya Raya” yang diadakan pada 14 Julai hingga 15 Ogos yang lalu secara serentak di seluruh Malaysia turut menerima hadiah mereka.

Majlis yang berlangsung di perkarangan PTPTN Pahang itu dihadiri lebih 400 tetamu termasuk wakil dari Sahabat PTPTN, wakil institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta serta penghuni Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah.

Seramai 23 penghuni Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah, Sungai Isap dengan menikmati keistimewaan membuka akaun SSPN-i dan menerima hadian beg sekolah. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment