Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment
DARI depan: Pondri, Iweldo dan Mohd. Aswenry dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. ─ Foto Kosmo

AMPANG JAYA – Tindakan keterlaluan tiga pengawal keselamatan yang membelasah seorang remaja lelaki yang cuba ‘memancing’ wang tabung masjid sampai mati memakan diri apabila mereka dipenjara selama setahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, Mohd. Aswenry Majon, 31, yang berasal dari Kota Marudu, Sabah dan dua warganegara Indonesia, Iweldo Putra, 20, dan Pondri Neriko, 21, mengaku salah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan pindaan, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan niat bersama telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah ke atas Mohamed Shah Reza Fauzi@Muhammad, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sini pada pukul 5 pagi, 3 Disember tahun lalu. ─ Kosmo

0 comments:

Post a Comment