Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014



PETALING JAYA – Puluhan ribu calon yang sepatutnya menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan pegawai penguatkuasa kastam Gred W41, terpinga-pinga apabila soalan peperiksaan gagal dimuat turun pada pagi Sabtu.

Namun, Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, mereka menyedari masalah tersebut dan menyakinkan calon masih boleh menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu sebaik saja gangguan itu berjaya diselesaikan.

“Kira-kira 18 pelayan (komputer) tergendala dan kami berjaya memperbaiki sembilan daripadanya pada ketika ini.

“Pasukan teknikal kami berusaha untuk memperbaiki masalah itu dan kami meminta calon untuk berada dalam keadaan sedia bagi menduduki peperiksaan itu pada bila-bila masa saja hari ini,” katanya ketika dihubungi The Star Online pada Sabtu.

Beliau berkata calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu.

Ramai calon menyatakan aduan mereka di laman Facebook SPA dengan berkata, soalan peperiksaan tidak kelihatan walaupun mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Peperiksaan yang itu dijadualkan bermula pukul 9 pagi itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengetahuan am, penyelesaian masalah dan penilaian psikometrik.

Peperiksaan itu boleh diduduki secara online dari mana-mana lokasi selagi mempunyai capaian Internet.

Seramai 85,000 calon sepatutnya menduduki peperiksaan itu.- mStar

0 comments:

Post a Comment