Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 16, 2014

No Comment


SINGAPURA: Ranking universiti Malaysia semakin meningkat berdasarkan senarai QS World Universiti Rankings 2014, apabila tiga universiti berada dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia.

Menurut senarai terbaru itu, Universiti Malaya (UM) berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke-167 pada tahun lepas, kepada 151 pada tahun ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat ke tangga 294 daripada 355.

Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) juga bertambah baik, daripada 355 kepada 309; Universiti Putra Malaysia (UPM) di tangga ke-376 daripada kedudukan 411-420, manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal dalam slot yang sama (501-550) seperti pada tahun lepas.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga memperbaiki kedudukannya, berada dalam kategori 651-700 berbanding tahun lepas 701+.

Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti  berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.

Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.

Keseluruhannya, laporan itu berkata QS World University Rankings meletakkan fokus kajian saintifik dan teknologi berimpak tinggi sebagai tonggak kemajuan kepimpinan.

Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) berada di tangga teratas dalam kelompok 10 institusi terbaik dunia bagi tahun ketiga berturut-turut.

Ia diikuti University of Cambridge (United Kingdom), Imperial College London (UK), Harvard University (AS), University of Oxford (UK), UCL (University College London) (UK), Stanford University (AS), California Institute of Technology (AS), Princeton University (AS) dan Yale University (AS).

Mengulas keputusan ranking itu, Ketua Penyelidikan QS Ben Sowter dalam kenyataan dari London berkata: "Berikutan kemelesetan ekonomi, pihak kerajaan dan sektor swasta memberi penekanan dalam penyelidikan STEM berimpak tinggi, yang kebanyakannya dijalankan di institusi khas.

"Institusi berasaskan teknologi, tumpuan utama perlumbaan inovasi global. Memandangkan peruntukan belanjawan daripada sumber awam yang semakin berkurangan, pihak institusi memberi tumpuan lebih kepada penyelidikan berpotensi dalam bidang sains, teknologi dan perubatan," katanya.

QS World University Rankings adalah jadual liga tahunan universiti terbaik dunia yang paling terkenal dan diiktiraf.

Ia disusun oleh Unit Perisikan QS selepas mengadakan perundingan dengan  lembaga penasihat akademik terkemuka antarabangsa.- Astro Awani

0 comments:

Post a Comment