Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Lima pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak mengaku di Mahkamah Sesyen, di sini sebentar tadi atas dakwaan menerima suapan berbentuk bayaran bulanan yang kesemuanya berjumlah RM76,000.

Suapan itu adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan berhubung kesalahan membabitkan barangan tidak diluluskan kastam iaitu arak.

Empat daripada pegawai terbabit sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kes sama pada Jumaat lalu.

Mereka adalah Mohd Ariffin Zakaria, 57; Sohaizan Othman, 41; Azlee Mohamed Yusof, 48; dan Hizam Abd Ghani, 56.

Seorang lagi pegawai yang baru didakwa ialah Ishak Abu, 55.

Kesemua mereka didakwa di tiga mahkamah berasingan dan dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah. - BH Online

0 comments:

Post a Comment