Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 7, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia mencipta sejarah sebagai antara penunggang kuda terbaik pada acara sukan berprestij, Kejohanan Ekuestrian Dunia FEI Alltech.

Berusia 17 tahun, Mohd T Aseef Abdul Mutalib, yang juga peserta paling muda di kalangan penunggang dari 72 negara itu berjaya menamatkan saingan kategori Ujian Ketahanan (Endurance) pada kedudukan ke 27 pada kejohanan yang berlangsung di Normandy, Perancis itu.

Kejohanan yang bermula pada 23 Ogos dan berakhir Ahad ini menarik penyertaan hampir 1,000 penunggang terbaik dunia membabitkan tujuh acara yang disenaraikan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).

Pencapaian Mohd T Aseef adalah momen membanggakan bagi pasukan Malaysia, lebih-lebih lagi remaja itu mengenakan kelengkapan menunggang termasuk topi keledar dan baju dengan warna Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera negara ketika menunggang kudanya, Eldina Kungfu, sebaik selesai tunggangan sejauh 160 kilomter dalam tempoh lebih 10 jam pada 23 Ogos.

Aseef yang mula menunggang sejak empat tahun lalu berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaiannya pada kejohanan itu.

“Saya juga gembira kerana berjaya mencapai matlamat untuk menjadi Penunggang Muda Elite Dunia,” katanya kepada Sunday Star menerusi perbualan telefon dari Normandy.

Pelajar Penang Free School berharap dapat mewakili negara pada Sukan SEA, selain Kejohanan Junior Endurance Dunia 2015 di Chile dan Piala Endurance Dunia di Dubai tahun depan.

Mengimpikan untuk menjadi antara 10 penunggang terbaik dunia, pelajar itu memperuntukkan dua jam pada sebelah petang, tiga hari seminggu untuk menunggang dan juga berbasikal bagi kekal cergas.

Bermula dengan sukan golf pada usia tujuh tahun, Aseef mengambil keputusan bertukar kepada sukan berkuda pada usia 13 tahun selepas teruja melihat ayahnya, Abdul Mutalib Ismail yang aktif menyertai kejohanan endurance di dalam dan luar negara.

Abdul Mutalib, 48, mengendalikan Kelab Endurance Al-Khamsa di Kelab Belia Pulau Pinang. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment