Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Replika Pedang Rasulullah SAW dan pedang yang pernah digunakan para sahabat adalah antara koleksi yang dipamerkan dalam Pameran 1001 Senjata di Muzium Negeri Terengganu mulai hari ini.

Penolong Kurator Kanan (Pendaftaran) muzium, Mohd. Arifin Muda berkata, ia menjadi tarikan utama pameran kali ini memandangkan pedang tersebut kini tersimpan rapi di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.

“Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan hak untuk mempamerkan replikanya di sini dan sangat berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri replika pedang itu.

“Selain itu, pameran kali ini turut mempamerkan ratusan koleksi senjata di seluruh nusantara yang digunakan sejak 600 tahun dahulu, iaitu sejak kerajaan Majapahit sehinggalah ia mengalami pelbagai transformasi sehingga membawa kepada terciptanya senjata moden ketika ini,” katanya selepas majlis perasmian yang disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment