Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

BUTTERWORTH – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3 juta untuk membantu usahawan automotif menerusi Tabung Skim Modal Pusingan yang dijangka dilancar bulan depan.

Pengerusi Kumpulan Sasar Pembangunan Usahawan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) Muhamad Farid Saad berkata skim baharu itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Khamis ini.

“Kami menyasarkan lebih 60 usahawan di negeri ini mendapat faedah menerusi skim itu bagi mengembangkan perniagaan dalam sektor automotif (kereta dan motosikal),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Usahawan Bimbingan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dirasmikan pengerusinya Datuk Shabudin Yahaya di sini hari ini.

Muhamad Farid berkata peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu akan diagih kepada usahawan automotif pada kadar RM20,000 hingga RM100,000, bergantung kepada keperluan.

MPBPP, yang ditubuhkan pada 2007, memberi bantuan kewangan kepada kira-kira 100 usahawan menerusi geran usahawan menengah dan tabung modal pusingan membabitkan peruntukan hampir RM10 juta. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment