Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 24, 2014



Baru-baru ini satu kejadian rompakan telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial di laman Facebook Malaysia Crime Awareness Campaign. Pengguna laman sosial tersebut, Pohying Cheah mengatakan kejadian terjadi di USJ4/1N (Sri Comel Kindergarden). Kejadian berlaku semalam, 23 Sept 2014.

Menurut Pohying Cheah, kejadian terjadi ketika dia sedang mengambil anaknya dari tadika. Ketika kejadian, satu kumpulan ibu bapa termasuk golongan warga emas berada di tempat kejadian untuk mengambil anak masing-masing.

Tiba-tiba sebuah Vios hitam berhenti di hadapan mereka. Bila kereta itu dibuka, dua orang lelaki yang memakai topi keledar keluar sambil memegang parang lebih satu kaki panjang. Lelaki berkenaan datang kearah mereka dan meminta beg, kunci kereta, telefon dan lain-lain.

Bagaimanapun, perompak itu memecut kereta Avanza milik salah seorang mangsa apabila penolong guru besar membuka pintu pagar supaya mereka boleh masuk ke dalam kawasan tadika dan menelefo polis.

Orang ramai diminta berhati-hati dengan kereta Vios hitam bernombor pendaftaran WWM atau WMA 9978. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment