Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 14, 2014

No Comment

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan memecah rekod dunia dengan menuntut gaji sebanyak £500,000 (RM2.6 juta) seminggu kepada Manchester United atau Chelsea yang mahukan khidmatnya pada musim depan.

Pemain Real Madrid itu pada minggu lalu mengesahkan laporan Football Grapevine bahawa dia akan kembali beraksi untuk United pada musim panas akan datang.

Bagaimanapun Chelsea antara pasukan yang mahukan khidmat Ronaldo dan sedia menunaikan permintaan pemain berkenaan.

Rundingan bagi mendapatkan semula Ronaldo pernah dibuat United tetapi Madrid telah menawarkan gaji sebanyak  £350,000 seminggu untuk menyekat pemergian pemain Portugal terbabit.

Sejak itu juga, United memperbaharui kontrak Wayne Rooney dengan menawarkan gaji sebanyak £300,000 seminggu serta menggajikan penyerang baharu mereka, Radamel Falcao dengan nilai £390,000 seminggu.

Kontrak bernilai tinggi untuk Falcao itu telah dimetrai oleh Jorge Mendes iaitu individu sama yang menjadi ejen untuk Ronaldo. – mStar

0 comments:

Post a Comment