Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 21, 2014

No Comment


KOTA KINABALU – Sabah perlu berwaspada terhadap ancaman keganasan militan Negara Islam (IS) berikutan rangkaiannya dikaitkan dengan kumpulan militan di selatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, kumpulan militan di Filipina telah menyatakan sokongan mereka terhadap IS dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara.

“Kita tidak mahu menakutkan orang-orang di Sabah, tetapi ini adalah satu kenyataan dan ancamannya jauh lebih besar daripada penculikan, dan jenayah rentas sempadan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno Bahagian Penampang di sini, Ahad.

Hishammudin berkata, ini berikutan gesaan pihak tertentu untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Beliau berkata, Kementerian Pertahan telah menaik taraf pelbagai pangkalan hadapan di pantai timur Sabah bagi memperkukuhkan lagi keselamatan di negeri itu.

“Kita telah bersetuju secara dasarnya bersama Petronas untuk menggunakan pelantar minyak lamanya yang akan diubah suai kepada pangkalan hadapan di sepanjang pantai Sabah,” katanya sambil menambah bahawa mereka merancang untuk menempatkan dua pangkalan seumpama itu. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment