Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014

No Comment

BARCELONA – Luis Suarez sudah mula terasa seperti seorang pemain bola sepak sekali lagi selepas dibenarkan berlatih bersama kelab baharu, Barcelona.

“Hakikatnya, anda banyak menderita,” kata Suarez dalam satu temu bual dengan media rasmi kelab Barcelona.

“Ia memberi saya satu ketenangan apabila dapat memberitahu anak saya bahawa saya mahu pergi bekerja. Saya sudah mula terasa seperti seorang pemain bola sepak.”

Suarez, 27, dibenarkan berlatih selepas dia membuat rayuan ke atas penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas insiden menggigit dalam Piala Dunia 2014 di Brazil, Jun lalu.

Bulan lalu, Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) mengetepikan keputusan badan induk dunia itu melarang pemain Uruguay itu terbabit dalam sebarang kegiatan bola sepak selama empat bukan dan digantung sembilan perlawanan selepas dia menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

Suarez kini boleh berlatih bersama rakan sepasukan Barca dan mungkin membuat kemunculan pertama La Liga menentang Real Madrid pada akhir Oktober ini.

Penyokong sudah tidak sabar melihat dia dalam senarai kesebelasan dan turun beraksi bersama Pemain Terbaik Dunia empat kali, Lionel Messi dan kapten baharu Brazil, Neymar.

“Ramai orang dan pengkritik akan memerhati saya selepas ini berbanding sebelum ini.

“Kamu kena waspada dengan apa yang bakal dihadapi, bersifat tanggungjawab dan bijak dalam erti kata ini,” kata Suarez. – Reuters

0 comments:

Post a Comment