Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia merancang memupuk ekosistem mempermudah bagi membolehkan pasaran modal Islam mencapai objektif memperoleh keseimbangan antara keperluan komersial dan ekuiti sosial.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood, berkata pihaknya mahu menggerakkan pasaran modal Islam ke arah sempadan baharu.

Beliau berkata, pasaran modal Islam sudah berkembang untuk menjadi pilihan berdaya maju kepada rakan konvensional sebagai wadah untuk mengumpul dana serta pelaburan, di samping menarik penyertaan dan operasi lebih meluas berasaskan prinsip yang diterima di seluruh dunia.

“Perkembangan ini menjadi satu petanda baik untuk pasaran modal Islam pada masa depan.

“Berikutan penerimaan yang semakin meluas ke atas cadangan nilainya, pasaran modal Islam mempunyai potensi besar untuk berkembang ke dalam sempadan baharu di mana pertimbangan bukan komersial menjadi keutamaan dalam menentukan hasil yang dikehendaki,” katanya.

Dr Nik Ramlah berkata demikian dalam ucapan aluan pada Forum Pasaran Modal Islam Antarabangsa sempena Forum Kewangan Islam Global (FKIG) 2014, di sini hari ini.

Beliau berkata, prospek untuk kewangan Islam pada 2014 kekal positif dengan pasaran sukuk global akan mengekalkan arah aliran meningkat, didorong beberapa penerbitan negara yang dijangka dilaksanakan tahun ini.

Beberapa sukuk negara, termasuk Luxembourg, Oman, Afrika Selatan dan Tunisia, dijangka diterbitkan buat kali pertama tahun ini.

FKIG, mulai 2 hingga 4 September, mengumpulkan peserta daripada pelbagai sektor. Ia dianjurkan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment