Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Menghapuskan sekolah vernakular bagi mewujudkan sekolah satu aliran adalah tidak wajar jika alasannya hanya untuk memupuk semangat perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.

Menurut bekas guru, Konteck Kamaria P Vjalleh @Osman, 65, yang mempunyai pengalaman 30 tahun mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, idea penubuhan Sekolah Wawasan adalah lebih baik kerana konsepnya yang menempatkan semua jenis sekolah di satu tempat.

“Ada pelajar Melayu, India juga dihantar ke sekolah Cina, jadi kenapa mahu kita hapuskan sekolah vernakular sedangkan mereka juga menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran seharian.

“Ramai yang menganggap bahawa sekolah menengah vernakular hanya menggunakan bahasa ibunda mereka, namun hakikat yang ramai tidak tahu sebenarnya ada subjek diajar dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sepanjang mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, beliau sendiri tiada masalah berkomunikasi dengan pelajar Cina serta ibu bapa mereka.

“Sistem sekolah yang ada sekarang sudah baik untuk memupuk semangat perpaduan antara mereka kerana banyak pertandingan dan acara sukan melibatkan pelajar pelbagai kaum dianjurkan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi bekas guru, Fariz Musa, 44, yang mempunyai tiga tahun berpengalaman mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina turut senada berkata, sistem sekolah vernakular yang ada sekarang tidak pernah menjadi kekangan untuk memupuk perpaduan antara kaum.

“Dasar sistem sekolah vernakular yang ada sekarang tidak pernah menghalang mana-mana pelajar daripada kaum lain untuk belajar di sekolah jenis Cina, Tamil mahupun kebangsaan. Jadi tidak timbul perlunya wujud sekolah satu aliran.

“Lagipun kebanyakan sekolah kebangsaan mempunyai pelbagai kaum yang belajar di sana. Di situ pun mereka sudah bergaul antara kaum,” katanya.

Menurutnya, perkara yang menyentuh isu perkauman di mana-mana sekolah vernakular juga tidak berlaku kerana semua sekolah mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Kalau pun ada kaum mahu pertahankan bahasa ibunda mereka dengan mengekalkan sekolah vernakular itu adalah hak mereka. Jangan kerana alasan perpaduan, sekolah vernakular mesti dihapuskan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment