Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa kali cintanya dengan selebriti putus di tengah jalan, aktor yang juga pemilik syarikat Tall Order Productions Sdn Bhd, Hans Isaac mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi mengenai perihal cinta.

Hal itu dibangkitkan beliau di halaman Twitter miliknya di bawah nama akaun @hansisaacactor semalam. Ia rentetan artikel gosip yang ditulis di sebuah akhbar.

“Mula hari ini kalau saya ditanya mengenai cinta serta hidup peribadi saya. Jawapan saya ialah No Comment !,” katanya yang kali terakhir menjalinkan hubungan dengan Neelofa.

BH Online sempat menghantar mesej kepada Hans menerusi aplikasi Whatsapp. Hans sempat membalas tetapi beliau mengakui cukup sibuk kerana malam ini pratonton teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging akan dilakukan kepada rakan media.

Teater ini diperkasakan lagi dengan kerjasama Jugra Publication Sdn Bhd dan Istana Budaya. Hans turut bergandingan dengan Harith Iskander sebagai pengarah bersama. Malah, barisan pelakon lain turut menjayakan teater ini ialah Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kun.

Supermokh Sebuah Muzikal Restaging mengangkat kisah hidup legenda pemain bola sepak negara yang juga ikon kesayangan Malaysia iaitu Mokhtar Dahari. Pada era 80-an, nama Mokhtar berada di puncak kegemilangan apabila Allahyarham menjadi pemain bola sepak yang digeruni kerana kelincahan dan kemampuannya menjaringkan gol.

Teater ini kembali lagi atas permintaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan bakal dipentaskan bermula 8 hingga 21 September depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kepada penonton yang ingin menyaksikan teater ini, dapatkan tiket di kaunter box office Istana Budaya atau menerusi atas talian di Hyperlink www.ticket2u.biz. – BH Online

0 comments:

Post a Comment