Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment
Wan Rosdi calon Pas
TUMPAT - Seperti yang dijangka, Setiausaha Pas Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim diumumkan sebagai calon Pas yang bertanding pada PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam keadaan hujan renyai di hadapan 2,000 penyokong Pas di Kampung Padang Tunggul semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun negeri, Datuk Abdullah Ya'kob, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli dan pimpinan kerajaan negeri.

Dalam ucapannya, Ahmad berkata, Wan Rosdi merupakan individu yang lama berjuang dalam parti dan rapat dengan masyarakat.

Malah katanya, keupayaan Wan Rosdi mengurus program parti selama enam tahun antara sebab khidmatnya perlu dipertingkatkan lagi.

"Beliau seorang yang berwibawa, pernah ke luar beberapa kali, kita tidak berselindung (memuji) keupayaan beliau, insya-ALLAH kita yakin beliau mampu meneruskan kerja kerja wakil rakyat," katanya disambut takbir oleh penyokong parti.

Sementara itu, Wan Rosdi dalam ucapannya meminta semua parti dalam PR memberi sokongan kepada Pas yang bertanding dalam PRK itu.

"Saya akui sedikit gentar, namun kerana perjuangan segalanya dihadapi dengan tabah," katanya yang kehilangan isteri pada 2013.

Dijangka Pas dan BN akan menentang satu lawan satu dalam persaingan yang dianggap sengit selepas PRU13.

Sebelum ini nama Wan Rosdi antara yang disebut-sebut untuk bertanding selain Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri  Muhyiddin Yassin mengumumkan bekas guru, Mat Razi Mat Ail yang juga AJK Umno Bahagian Tumpat diumumkan sebagai calon.

Kerusi Dun tersebut kosong apabila, penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia di Guangzhou, China bulan lalu akibat kanser.

Noor  Zahidi menang dalam PRU12 (2008) di Dun Pengkalan Kubor (N1) mengalahkan calon PKR, Hassan Berahim dengan majoriti 100 undi dan di dalam PRU13 (2003) Allahyarham sekali lagi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi.

Kali terakhir Pas bertanding di kerusi Dun Pengkalan Kubor adalah pada PRU 2004 yang menyaksikan calonnya, Wan Husain Wan Ahmad tewas kepada  Noor Zahidi dengan majoriti  714 undi. ─ Sinar Online

0 comments:

Post a Comment