Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014


Maka, mungkin ada gadis-gadis di luar sana akan menangis secara beramai-ramai apabila membaca headline kami ni. Kecewa ye cik adik?

Ha.. ni nak cerita sikit, kalau anda semua masih ingat gosip mengenai ‘abang long’ bercinta dengan gadis ini pernah diwar-warkan tak berapa lama dulu.

Tapi, macam biasalah. Masa tu tiada lagi sebarang pengakuan terbuka yang dilakukan oleh pelakon kacak Sharnaaz Ahmad mahupun daripada si gadis cantik manis ni. Namun semalam, Sharnaaz telah pun ‘tayang’ wajah si gadis itu di laman Instagramnya.



Dalam pada mukanya yang memang macho tu, dah terbukti bahawa Sharnaaz ni memang ada jiwa-jiwa romantis tau dengan caption yang ‘sweet‘ macam tu.

Tapi siapakah si gadis tu ya? Muka macam familiar je kan? Untuk makluman anda semua, gadis itu bernama Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dan merupakan seorang pengusaha tudung dan model.

Malah, gadis berusia 26 tahun itu juga dikatakan pernah terlibat dalam beberapa siri drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid dan Selamat Malam Kekasih.

Menerusi ruangan komen pula, kebanyakan peminat Sharnaaz turut tumpang gembira apabila melihat foto mereka berdua dan mendoakan agar mereka cepat naik pelamin.



Mana taknya, masa bulan Ramadhan baru-baru ini pun, mereka berdua dikatakan tampak serasi apabila sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Anis dengan gerai tudungnya manakala Sharnaaz pula membuka gerai menjual serunding.

Apapun, kami doakan agar jodoh Sharnaaz dan Anis akan berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Ha..jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang! - OhBulan

0 comments:

Post a Comment