Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment

SERIAN – Tindakan sebuah gudang di Tebedu di sempadan Malaysia-Indonesia, dekat sini yang menyimpan barang-barang kawalan seperti gula bersubsidi dan gas petroleum cecair (LPG) tanpa permit mengundang padah apabila kegiatan mereka berjaya dibongkar pihak berkuasa dalam satu serbuan, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Superintendan Soh Hock Seng berkata kegiatan gudang tersebut berjaya dikesan hasil risikan dua minggu oleh pasukannya.

Serbuan dilakukan oleh tujuh anggota risikan PGA diketuai Asisten Komisioner Mohd Mazlan Mohd Ariff serta enam pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak pada kira-kira 1 tengah hari ini, katanya, di sini hari ini.

“Kita telah merampas 753 karung gula bersubsidi masing-masing seberat 50 kilogram dan 101 tong gas LPG muatan 14 kilogram,” katanya.

Seorang lelaki berusia 44 tahun yang disyaki pemilik gudang berkenaan turut ditahan dan barangan yang dirampas bernilai kira-kira RM120,000.

Menurutnya siasatan mendapati modus operandi gudang berkenaan ialah menjual barang-barang kawalan tersebut di negara jiran.

“Hasil pemantauan selama dua minggu itu, pemilik gudang dikesan membawa barang-barang kawalan tersebut ke seberang sempadan. Kita yakin barang-barang tersebut dijual di negara jiran,” katanya.

Menurutnya hasil maklumat PPDNKK Sarawak mendapati gudang tersebut tidak mempunyai permit menyimpan barang-barang kawalan, selain pek yang digunakan jelas menunjukkan ia adalah gula bersubsidi.

Beliau berkata semua hasil rampasan itu diserahkan kepada PPDNKK Sarawak untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment